Iklan Atas Saya

Thursday, October 20, 2016

HOMESTAY C: Homestay Jalan Depo, Petra Jaya

Homestay ini terletak di pinggir bandar Kuching, Terletak di tengah tengah antara Bandaraya Kuching dan Damai. Tidak padat seperti di bandar.

HARGA SEWAAN RUMAH INI SEHARI IALAH RM 350.

Dapat memuatkan 12 Orang. Mempunyai 4 bilik tidur dan tandas 3.





















BERMINAT, SILA HUBUNGI MAMAT 014 8982881 ATAU EMAIL  ibraco82@gmail.com

HOMESTAY B : Samarahan Homestay

Harga sewaan untuk homestay ini semalam ialah RM 150.

Berikut adalah gambar homestay tersebut:

Dapat memuatkan 8 orang, mempunyai 2 bilik dan 1 tandas/bilik air.







BERMINAT, SILA HUBUNGI MAMAT 014 8982881 ATAU EMAIL  ibraco82@gmail.com

HOMESTAY A : Homestay Taman Desa Ilmu Samarahan

Harga Untuk Homestay ini ialah  RM200 semalam,

Terletak berhadapan UNIMAS tetapi kami tidak menerima tempahan untuk KONVOKASYEN UNIMAS 2016.

Dapat memuatkan 10 orang, mempunyai 3 bilik dan 2 tandas/bilik air.


BERMINAT, SILA HUBUNGI MAMAT 014 8982881 ATAU EMAIL  ibraco82@gmail.com

Monday, February 15, 2016

Tempat Terbaik di Kuching Untuk di Lawati .....

Berikut adalah beberapa tempat yang boleh di lawati di sekitar Kuching.,

1. Serikin

Membeli barangan dari Indonesia. Harga bolehlah...

2. Gua Angin

Merasai kehidupan Gua di Kuching

3.  Kampung Budaya, Santubong

Merasai rumah2 pelbagai kaum di Sarawak

4. Selfie Burung Kenyalang, Damai Central

Tidak jauh dari Kampung Budaya. Boleh bergambar dengan Patung Burung Kenyalang dan Laut China Selatan.

5. Pasar Satok

Bersebelahan Sungai Sarawak. Banyak barangan hanya di Sarawak ada di sini. (ikan terubok)

6. Kampung Melayu Boyan

Menggunakan perahu ke seberang bandar Kuching. Boleh membeli Kek Lapis Sarawak di sini.

7. Jong Crocodile Farm

Berada di jalan ke Bandar Serian sekiranya anda ingin melihat buaya.

8. Tanjung Bako

Ingin melihat Batu di  pantai. Laluinya lah di sini.

9. Selfie Patung Kuching

Terdapat 3 patung Kucing di Bandaraya Kuching iaitu di Waterfront, di hadapan Macdonald, dan di China Street.

10, Air Terjun Jangkar

Jika anda mempunyai masa yang panjang. Bolehlah datang ke sini, merasai Air Terjun yang sejuk dan damai di Lundu.

TAWARAN PALING MENARIK 2016 ( < - KLIK ME,,, KLIK ME,,, MURAH BANGET NIE 3Hari 2 Malam ,,,,, KERETA + HOMESTAY HANYA RM600)

Thursday, March 19, 2015

Baru-baru ini saya berpeluang untuk bercuti ke Pontianak bersama rakan. Dapat pengalaman baru apabila berada di negara orang. Pengalaman ini jadi lebih berharga disebabkan kami ke sana dengan menggunakan kereta. Dapat masuk ke jalan kampung dan melihat suasana sebenar di sana. 

Antara maklumat yang sukar dicari semasa buat survey untuk ke Pontianak, adalah prosedur membawa kereta ke sana. Maka, saya kongsikan di sini, prosedur secara ringkasnya untuk anda yang berminat nak ke Pontianak, Indonesia dengan menggunakan kereta sendiri. Semoga bermanfaat!



Dokumen Yang Perlu Disediakan
1. Fotostat green card (geran kereta) dengan cop basah
2. Surat kebenaran (jika gunakan kereta orang lain)



Prosedur Pergi
1) Urus kenderaan keluar dari Malaysia (Kastam Malaysia)

Urus kenderaan keluar dari Malaysia (Kastam Malaysia)
Borang yang perlu dilengkap isi untuk membawa kereta Malaysia keluar ke Indonesia

2) Urus pergerakan orang keluar dari Malaysia (Imigresen Malaysia)
3) Beli insuran Indonesia (Jasa Raharja Insurance)
* insuran Malaysia tak cover sampai ke Indonesia. So kena beli yang Indonesia punya insuran. Seminggu pun dah ok, kalau untuk perjalanan yang sekadar beberapa hari.

4) Lapor untuk keluar dari Malaysia (Polis Malaysia)
5) Urus kenderaan masuk ke Indonesia (Kastam Indonesia)
6) Urus pergerakan orang masuk ke Indonesia (Imigresen Indonesia)


Urus pergerakan orang masuk ke Indonesia (Imigresen Indonesia)
Borang yang perlu dilengkap isi untuk masuk ke Indonesia

7) Lapor untuk masuk ke Indonesia (Polis Indonesia)
8) Tampal insuran dan kebenaran masuk Indonesia


Sticker ini perlu ditampal sepanjang anda berada di Indonesia
Sticker ini perlu ditampal sepanjang anda berada di Indonesia

9) Teruskan perjalanan anda ke destinasi menarik yang ada di Pontianak.


Secara kasarnya, anggaran waktu untuk menyelesaikan urusan di sini mengambil masa lebih kurang 2 jam. Ada bayaran dikenakan untuk membayar insuran Indonesia dan juga sewaktu berurusan dengan pihak imigresen mereka. Lebih kurang RM80. Lebih awal anda uruskan di sini, lebih siang anda dapat sampai ke Pontianak.

Jika anda tak pasti dengan semua urusan, ada beberapa orang Indonesia yang 'sedia' membantu anda menguruskan semuanya dengan mengenakan bayaran. Mereka juga menyediakan servis tukaran mata wang. Tapi nasihat saya, lebih baik tukar awal-awal di bandar Serian / Kuching supaya anda ada lebih banyak pilihan untuk dapatkan pertukaran wang yang lebih tinggi.



Prosedur Balik
1) Urus pergerakan orang keluar dari Indonesia (Imigresen Indonesia)
2) Urus kenderaan keluar dari Indonesia (Kastam Indonesia)
3) Serahkan kembali sticker (Kastam Indonesia)
4) Lapor keluar dari Indonesia (Polis Indonesia)


Pintu masuk sempadan Indonesia - Malaysia di Entikong
Pintu masuk sempadan Indonesia - Malaysia di Entikong

5) Lapor sudah kembali ke Malaysia (Polis Malaysia)
6) Urus pergerakan orang kembali ke Malaysia (Imigresen Malaysia)


Kompleks Imigresen Malaysia di Tebedu, Sarawak
Kompleks Imigresen Malaysia di Tebedu, Sarawak

7) Urus kenderaan kembali ke Malaysia (Kastam Malaysia)
8) Selamat kembali ke Malaysia!


Secara kasarnya, anggaran waktu untuk menyelesaikan urusan di sini semasa kembali ke Malaysia adalah lebih cepat, iaitu kira-kira 30 minit sahaja. Beberapa orang Indonesia juga berada di sempadan Indonesia dengan menawarkan servis tukaran mata wang. Tapi nasihat saya, hati-hati dan lebih baik tukar di bandar Serian / Kuching supaya anda ada lebih banyak pilihan untuk dapatkan pertukaran wang yang lebih tinggi.

diceduk dr blog .. 

http://www.cikguhailmi.com/2014/12/prosedur-bawa-kereta-masuk-ke-indonesia.html

Saturday, December 27, 2014

Melancong di Thailand

Menaiki bas dr Puduraya menuju ke Hatyai. Tiket la naik harga RM75. Sakit palak. Beli aja lah. Then. Macam macam problem berlaku. Huhu.